Sejarah Kampung

<p>Kampung Bujang merupakan sebuah kampung yang terletak di Daerah Kuala Muda, Mukim Bujang, Kedah Darul Aman. Bandar terdekat adalah Bandar Sungai Petani iaitu kira-kira 25 kilometer. Di samping itu, terdapat juga pekan-pekan kecil yang berhampiran seperti Pekan Merbok, Pekan Semeling, dan Pekan Tanjung Dawai. Kampung Bujang juga dikenali ramai kerana kampung ini terletak di kawasan arkeologi Lembah Bujang dan tempat perkelahan Tupah dan terkini Kawasan Ekologi Hutan Bakau di Jambatan Semeling. Kampung Bujang juga merupakan sebuah kampung tradisional yang kerap menjuarai dan memenangi Pertandingan Kebersihan,Keindahan, dan Kemajuan Kampung ( 1998 &ndash; 2002 ) dan Pertandingan Desa Cemerlang ( 2001 &ndash; 2008 ). Keluasan Keluasan Mukim Bujang adalah 74.2 km persegi. Di sebelah Utara, bersempadan dengan Mukim Gurun. Di bahagian timur, ia bersempadan dengan Mukim Semeling.Bahagian Selatan, ia bersempadan dengan Mukim Sungai Petani. Manakala di bahagian Barat, ia bersempadan dengan Mukim Merbok Prasarana Prasarana yang terdapat di kawasan sekitar Kampung Bujang seperti UiTM Cawangan Kedah, MRSM Merbok, Taman Lembah Bujang, Dewazn Giat Desa, Masjid AlMuttaqin, Stesen Minyak Caltex, Pusat Kegiatan Guru Bujang, SK Sultan Muzaffar Shah, Medan Info Desa, Pusat Sumber, TADIKA Kemas, TADIKA ABIM, dan sebagainya. Kampung Bujang juga terletak berdekatan Galeri Paya Bakau Jambatan Semeling</p>